Showing posts with label Cara Mengukur Langsir. Show all posts
Showing posts with label Cara Mengukur Langsir. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Cara Mengukur Langsir

Sebelum menempah langsir, pelanggan adalah dinasihatkan mengukur dahulu tingkap atau trek/rod langsir untuk pengiraan berapa banyak meter kain perlu dibeli agar kain yang dibeli mencukupi.  Berikut adalah cara-cara untuk mengukur langsir:

Mengukur lebar langsir
Pastikan ukuran dibuat pada lebar trek langsir atau batang rod.  Sekiranya mahu memasang trek atau batang rod yang baru , lebihkan 15cm hingga 30cm kiri dan kanan tingkap serta  12cm hingga 15cm di atas kepala tingkap.
trek kayu langsir
Batang Rod
Ukur awal ke hujung kayu tidak termasuk bebola – B .
batangrod
Mengukur Labuh Langsir
Adalah cara terbaik untuk membiarkan langsir tergantung  ke paras lantai atau di bawah paras tingkap.  Kami mengesyorkan labuh langsir diukur samaada seperti berikut :
A.  1cm di atas lantai
B.   15 – 20cm di bawah aras tingkap
C.   Sama paras tingkap


ukurlabuh