Wednesday, October 6, 2010

MY Q CURTAIN SHOP

Alhamdulillah, my q curtain telah dibuka pada 2 Ogos 2010.  Pada malam sebelum hari pembukaan, kami telah membuat kenduri doa selamat dan akiqah untuk anakanda tersayang, Muhammad Qayyum.  Tetamu jemputan telah hadir seramai lebih kurang 200 orang tetamu termasuk jemputan istimewa iaitu anak-anak yatim Darul Izzah.  Juga tetamu Ustaz Sheikh Ahmad Al Yamani dari Yaman mempersembahkan bacaan Qasidah Burdah puji pujian kepada Nabi Muhammad saw.  Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, adikberadik (abang long sekeluarga balik dari KL semata-mata untuk kenduri ini), abang ngah sekeluarga, abang din sekeluarga, kakak sekeluarga (ucapan terima kasih tak terhingga kerana menyediakan masakan untuk jamuan ini terutama gulai akiqah daging kambing yang sedap), mimi sekeluarga, edi sekeluarga, dan adik bongsu raha sekeluarga.  Cuma yang tidak dapat hadir adalah abang atan sekeluarga yang bertugas di Pejabat Pertanian Rompin (tetapi tak lupa mengucapkan tahniah)... Juga terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan (terutama Ustaz Rosdi dan keluarga yang datang dari KL membawa ustaz Sheikh Ahmad), ibu saudara dan keluarga Syed Alwi Al Haddad, ibu2 saudara dan ayah2 saudara, sahabat handai dan juga jemaah masjid batu satu.  Kehadiran semua diucapkan ribuan terima kasih. Semoga My Q Curtain akan berjaya berkat doa dari semua.  Insyallah.

No comments:

Post a Comment