Waktu perniagaan: Isnin - Sabtu : 10.00 pagi hingga 6 petang
Wednesday, October 20, 2010
Wednesday, October 6, 2010
Cara Mengukur Langsir
Sebelum menempah langsir, pelanggan adalah dinasihatkan mengukur dahulu tingkap atau trek/rod langsir untuk pengiraan berapa banyak meter kain perlu dibeli agar kain yang dibeli mencukupi. Berikut adalah cara-cara untuk mengukur langsir:
Mengukur lebar langsir
Pastikan ukuran dibuat pada lebar trek langsir atau batang rod. Sekiranya mahu memasang trek atau batang rod yang baru , lebihkan 15cm hingga 30cm kiri dan kanan tingkap serta 12cm hingga 15cm di atas kepala tingkap.
Batang Rod
Ukur awal ke hujung kayu tidak termasuk bebola – B .
Mengukur Labuh Langsir
Adalah cara terbaik untuk membiarkan langsir tergantung ke paras lantai atau di bawah paras tingkap. Kami mengesyorkan labuh langsir diukur samaada seperti berikut :
A. 1cm di atas lantai
B. 15 – 20cm di bawah aras tingkap
C. Sama paras tingkap
Mengukur lebar langsir
Pastikan ukuran dibuat pada lebar trek langsir atau batang rod. Sekiranya mahu memasang trek atau batang rod yang baru , lebihkan 15cm hingga 30cm kiri dan kanan tingkap serta 12cm hingga 15cm di atas kepala tingkap.
Batang Rod
Ukur awal ke hujung kayu tidak termasuk bebola – B .
Mengukur Labuh Langsir
Adalah cara terbaik untuk membiarkan langsir tergantung ke paras lantai atau di bawah paras tingkap. Kami mengesyorkan labuh langsir diukur samaada seperti berikut :
A. 1cm di atas lantai
B. 15 – 20cm di bawah aras tingkap
C. Sama paras tingkap
Gambar Sekitar Kenduri Doa Selamat Ahad 01.08.2010
Bacaan Yasin bersama-sama anak-anak yatim Darul Izzah
Anak-anak Darul Izzah beratur mengambil makanan
Anak anak Darul Izzah bersama menikmati makanan
Solat Maghrib diimamkan oleh Ustaz Sheikh Ahmad Al Yamani
Ibu-ibu saudara dan adik beradik serta ipar
Solat Isyak dan tahlil aruah buat ayah bonda
Qasidah Burdah oleh Ustaz Sheikh Ahmad AlYamani diiringi oleh Ustaz Rosdi, Syed Nagib ALHadad dan Syed Hussin serta semua
Muhammad Qayyum diraikan oleh semua tetamu jemputan..
MY Q CURTAIN SHOP
Alhamdulillah, my q curtain telah dibuka pada 2 Ogos 2010. Pada malam sebelum hari pembukaan, kami telah membuat kenduri doa selamat dan akiqah untuk anakanda tersayang, Muhammad Qayyum. Tetamu jemputan telah hadir seramai lebih kurang 200 orang tetamu termasuk jemputan istimewa iaitu anak-anak yatim Darul Izzah. Juga tetamu Ustaz Sheikh Ahmad Al Yamani dari Yaman mempersembahkan bacaan Qasidah Burdah puji pujian kepada Nabi Muhammad saw. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, adikberadik (abang long sekeluarga balik dari KL semata-mata untuk kenduri ini), abang ngah sekeluarga, abang din sekeluarga, kakak sekeluarga (ucapan terima kasih tak terhingga kerana menyediakan masakan untuk jamuan ini terutama gulai akiqah daging kambing yang sedap), mimi sekeluarga, edi sekeluarga, dan adik bongsu raha sekeluarga. Cuma yang tidak dapat hadir adalah abang atan sekeluarga yang bertugas di Pejabat Pertanian Rompin (tetapi tak lupa mengucapkan tahniah)... Juga terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan (terutama Ustaz Rosdi dan keluarga yang datang dari KL membawa ustaz Sheikh Ahmad), ibu saudara dan keluarga Syed Alwi Al Haddad, ibu2 saudara dan ayah2 saudara, sahabat handai dan juga jemaah masjid batu satu. Kehadiran semua diucapkan ribuan terima kasih. Semoga My Q Curtain akan berjaya berkat doa dari semua. Insyallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)