Monday, November 22, 2010

Sarung kusyen


Pelanggan kami kak Ani mengadu akan kusyen sofa beliau telah lembik dan ingin menukar kusyen sofa tersebut berserta sarungnya sekali. Ini adalah hasil kusyen sofa dan sarung yang telah dibuat di My Q Curtain Shop. Jika anda berminat, sila hubungi My Q Curtain 019-3399101 untuk tempahan kusyen sofa dari kekabu (diimport dari Thailand) atau lain-lain tempahan seperti bantal/tilam kekabu.




Wednesday, October 20, 2010

Wednesday, October 6, 2010

Cara Mengukur Langsir

Sebelum menempah langsir, pelanggan adalah dinasihatkan mengukur dahulu tingkap atau trek/rod langsir untuk pengiraan berapa banyak meter kain perlu dibeli agar kain yang dibeli mencukupi.  Berikut adalah cara-cara untuk mengukur langsir:

Mengukur lebar langsir
Pastikan ukuran dibuat pada lebar trek langsir atau batang rod.  Sekiranya mahu memasang trek atau batang rod yang baru , lebihkan 15cm hingga 30cm kiri dan kanan tingkap serta  12cm hingga 15cm di atas kepala tingkap.
trek kayu langsir
Batang Rod
Ukur awal ke hujung kayu tidak termasuk bebola – B .
batangrod
Mengukur Labuh Langsir
Adalah cara terbaik untuk membiarkan langsir tergantung  ke paras lantai atau di bawah paras tingkap.  Kami mengesyorkan labuh langsir diukur samaada seperti berikut :
A.  1cm di atas lantai
B.   15 – 20cm di bawah aras tingkap
C.   Sama paras tingkap


ukurlabuh

Gambar Sekitar Kenduri Doa Selamat Ahad 01.08.2010

Bacaan Yasin bersama-sama anak-anak yatim Darul Izzah

Anak-anak Darul Izzah beratur mengambil makanan

Anak anak Darul Izzah bersama menikmati makanan

Solat Maghrib diimamkan oleh Ustaz Sheikh Ahmad Al Yamani

Ibu-ibu saudara dan adik beradik serta ipar

Solat Isyak dan tahlil aruah buat ayah bonda 

Qasidah Burdah oleh Ustaz Sheikh Ahmad AlYamani diiringi oleh Ustaz Rosdi, Syed Nagib ALHadad dan Syed Hussin serta semua


Muhammad Qayyum diraikan oleh semua tetamu jemputan..

MY Q CURTAIN SHOP

Alhamdulillah, my q curtain telah dibuka pada 2 Ogos 2010.  Pada malam sebelum hari pembukaan, kami telah membuat kenduri doa selamat dan akiqah untuk anakanda tersayang, Muhammad Qayyum.  Tetamu jemputan telah hadir seramai lebih kurang 200 orang tetamu termasuk jemputan istimewa iaitu anak-anak yatim Darul Izzah.  Juga tetamu Ustaz Sheikh Ahmad Al Yamani dari Yaman mempersembahkan bacaan Qasidah Burdah puji pujian kepada Nabi Muhammad saw.  Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, adikberadik (abang long sekeluarga balik dari KL semata-mata untuk kenduri ini), abang ngah sekeluarga, abang din sekeluarga, kakak sekeluarga (ucapan terima kasih tak terhingga kerana menyediakan masakan untuk jamuan ini terutama gulai akiqah daging kambing yang sedap), mimi sekeluarga, edi sekeluarga, dan adik bongsu raha sekeluarga.  Cuma yang tidak dapat hadir adalah abang atan sekeluarga yang bertugas di Pejabat Pertanian Rompin (tetapi tak lupa mengucapkan tahniah)... Juga terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan (terutama Ustaz Rosdi dan keluarga yang datang dari KL membawa ustaz Sheikh Ahmad), ibu saudara dan keluarga Syed Alwi Al Haddad, ibu2 saudara dan ayah2 saudara, sahabat handai dan juga jemaah masjid batu satu.  Kehadiran semua diucapkan ribuan terima kasih. Semoga My Q Curtain akan berjaya berkat doa dari semua.  Insyallah.